Panduan privasi Family Link untuk kanak-kanak & remaja
Pilih umur anda
Berumur 6-8 tahun
Berumur 9-12 tahun
Berumur 13-17 tahun
Ingin tahu tentang privasi anda di Google?
Anda telah datang ke tempat yang betul! Baca soalan yang kebanyakannya daripada kanak-kanak, seperti cara ibu/bapa anda boleh membantu dengan urusan Google anda, maklumat yang Google gunakan dan pelbagai lagi.
Ibu bapa, maklumat ini hanya diguna pakai pada Google Account yang diurus dengan Family Link, untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun (atau umur yang berkenaan di negara anda). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Notis Privasi dan Dasar Privasi kami.

Siapa yang bertanggungjawab terhadap akaun saya?
Ibu/Bapa anda bertanggungjawab terhadap Google Account anda. Mereka boleh menggunakan apl yang dipanggil Family Link untuk membantu akaun tersebut diurus. Anda boleh mengambil alih kawalan akaun anda apabila anda lebih dewasa.
Ibu/Bapa anda boleh melakukan perkara seperti:
Ibu/Bapa anda boleh melakukan perkara seperti:
- Log masuk ke akaun anda, menukar kata laluan akaun anda atau memadamkan akaun anda.
- Mengunci telefon atau tablet anda.
- Melihat lokasi telefon atau tablet anda.
- Memilih apl yang boleh anda gunakan.
- Melihat tempoh anda menggunakan apl anda.
- Menukar perkara yang anda lihat dalam beberapa apl Google, seperti Google Search, YouTube atau Google Play.
- Memilih Kawalan Aktiviti anda. (Ini ialah tetapan yang menyimpan maklumat tentang perkara yang anda lakukan dengan Google)
- Memilih tetapan dan kebenaran untuk apl anda.
- Memilih nama, hari lahir dan maklumat lain untuk akaun anda.
- Memilih perkara yang boleh anda muat turun atau beli dalam beberapa produk Google, seperti Google Play.
Bagaimanakah dan mengapakah Google menggunakan maklumat saya?
Kami boleh menyimpan maklumat yang anda atau ibu/bapa anda berikan kepada kami, seperti nama dan hari lahir anda. Kami juga menyimpan maklumat semasa anda menggunakan apl dan laman kami. Kami bekerja keras untuk memastikan maklumat ini selamat dan kami menggunakan maklumat ini untuk alasan yang berbeza — seperti menjadikan apl dan laman Google lebih berguna.
Ketahui lebih lanjut tentang beberapa cara kami boleh menggunakan maklumat anda dengan ibu/bapa anda:
Ketahui lebih lanjut tentang beberapa cara kami boleh menggunakan maklumat anda dengan ibu/bapa anda:
- Memastikan apl & laman kami berfungsi: Sebagai contoh, jika anda mencari "anak anjing" di Google Search, kami menggunakan maklumat anda untuk menunjukkan perkara tentang anak anjing kepada anda.
- Menjadikan apl & laman kami lebih baik: Sebagai contoh, jika sesuatu terjejas, kami boleh menggunakan maklumat untuk membetulkan masalah tersebut.
- Melindungi Google, pengguna kami dan masyarakat: Kami menggunakan maklumat untuk memastikan orang lebih selamat dalam talian.
- Membuat apl & laman baharu: Kami meneliti cara orang menggunakan apl dan laman semasa kami untuk mendapatkan idea untuk produk Google baharu yang boleh kami bangunkan.
- Menunjukkan perkara yang mungkin anda sukai: Sebagai contoh, jika anda suka menonton video haiwan di YouTube Kids, kami mungkin menunjukkan lebih banyak video kepada anda.
- Menunjukkan iklan kepada anda berdasarkan perkara seperti laman yang anda kunjungi.
- Berkomunikasi dengan anda: Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar mesej kepada anda. Sentiasa bertanya kepada ibu/bapa sebelum membuka mesej daripada orang yang tidak anda kenali.
Bolehkah saya memberitahu Google maklumat untuk disimpan?
Ya, anda boleh menukar beberapa perkara yang kami simpan tentang anda. Jika anda melakukan perubahan pada beberapa tetapan privasi anda, seperti Kawalan Aktiviti, kami akan memaklumkan ibu/bapa anda. Mereka boleh membantu anda menukar tetapan anda, juga.
Anda dan ibu/bapa anda sentiasa boleh melihat dan mengurus beberapa maklumat tentang anda dan Google Account anda.
Anda dan ibu/bapa anda sentiasa boleh melihat dan mengurus beberapa maklumat tentang anda dan Google Account anda.
Ingin tahu tentang privasi anda di Google?
Anda telah datang ke tempat yang betul! Di sini anda boleh mengetahui cara Google mengumpulkan dan menggunakan maklumat semasa anda menggunakan apl serta laman kami. Anda juga akan mengetahui cara ibu/bapa anda boleh membantu mengurus Google Account dan peranti anda.
Ibu bapa, maklumat ini hanya diguna pakai pada Google Account yang diurus dengan Family Link, untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun (atau umur yang berkenaan di negara anda). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Notis Privasi dan Dasar Privasi kami.
Ibu bapa, maklumat ini hanya diguna pakai pada Google Account yang diurus dengan Family Link, untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun (atau umur yang berkenaan di negara anda). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Notis Privasi dan Dasar Privasi kami.
Siapa yang bertanggungjawab terhadap akaun saya?
Buat masa ini, ibu/bapa anda bertanggungjawab terhadap Google Account anda. Mereka boleh menggunakan apl yang dipanggil Family Link untuk membantu akaun anda diurus hingga anda sudah cukup dewasa untuk mengurus akaun anda sendiri.
Ibu/Bapa anda boleh melakukan perkara seperti:
Ibu/Bapa anda boleh melakukan perkara seperti:
- Log masuk ke akaun anda, menukar kata laluan akaun anda atau memadamkan akaun anda.
- Menetapkan had untuk masa dan tempoh anda boleh menggunakan peranti anda, seperti telefon dan tablet.
- Melihat lokasi telefon atau tablet anda.
- Memilih apl yang boleh anda gunakan.
- Melihat tempoh anda menggunakan apl anda.
- Mengurus tetapan kandungan untuk beberapa apl dan laman Google, seperti Google Search, YouTube atau Google Play. Tetapan ini boleh menukar perkara yang anda lihat.
- Mengurus Kawalan Aktiviti untuk akaun anda, seperti Sejarah YouTube, termasuk menyekat anda daripada mengurus kawalan ini sendiri.
- Menyemak kebenaran untuk apl pada telefon atau tablet anda, seperti jika apl boleh menggunakan mikrofon, kamera atau kenalan anda.
- Melihat, menukar atau memadamkan maklumat tentang akaun anda, seperti nama, jantina atau tarikh lahir anda.
- Meluluskan muat turun dan pembelian anda dalam beberapa apl dan laman Google, seperti Google Play.
Bagaimanakah dan mengapakah Google menggunakan maklumat saya?
Seperti kebanyakan laman dan apl, kami mengumpulkan maklumat yang anda atau ibu/bapa anda berikan kepada kami, seperti nama dan tarikh lahir anda. Kami juga mengumpulkan maklumat semasa anda menggunakan apl dan laman kami. Kami bekerja keras untuk memastikan maklumat ini selamat dan kami menggunakan maklumat ini untuk perkara seperti menjadikan produk kami lebih berguna untuk anda. Sebagai contoh, kami mengumpulkan data untuk:
- Memastikan apl & laman kami berfungsi: Sebagai contoh, jika anda mencari "sukan" di Google Search, kami menggunakan maklumat anda untuk menunjukkan perkara tentang sukan kepada anda.
- Menjadikan apl & laman kami lebih baik: Sebagai contoh, jika sesuatu terjejas, kami boleh menggunakan maklumat untuk membetulkan masalah tersebut.
- Melindungi Google, pengguna kami dan masyarakat: Kami menggunakan maklumat untuk memastikan orang lebih selamat dalam talian, seperti mengesan dan mencegah penipuan.
- Membuat apl & laman baharu: Kami meneliti cara orang menggunakan apl dan laman semasa kami untuk mendapatkan idea untuk produk Google baharu yang boleh kami bangunkan.
- Memeribadikan maklumat untuk anda, yang bermaksud menunjukkan perkara yang kami rasa anda akan sukai. Sebagai contoh, jika anda suka menonton video haiwan di YouTube Kids, kami boleh mengesyorkan lebih banyak video untuk ditonton.
- Menunjukkan iklan kepada anda berdasarkan perkara seperti laman yang anda kunjungi.
- Berkomunikasi dengan anda: Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar mesej kepada anda, seperti sekiranya terdapat isu keselamatan. Sentiasa bertanya kepada ibu/bapa sebelum membuka mesej daripada orang yang tidak anda kenali.
Bolehkah saya memberitahu Google maklumat untuk disimpan?
Ya, anda boleh menukar beberapa perkara yang kami simpan tentang anda. Sebagai contoh, jika anda tidak mahu kami menyimpan Sejarah YouTube anda dalam Google Account anda, anda boleh mematikan Sejarah YouTube. Jika anda melakukan perubahan pada beberapa tetapan privasi anda, seperti Kawalan Aktiviti, kami akan memaklumkan ibu/bapa anda. Mereka boleh membantu anda menukar tetapan anda, juga.
Anda dan ibu/bapa anda sentiasa boleh melihat dan mengurus beberapa maklumat tentang anda dan Google Account anda.
Anda dan ibu/bapa anda sentiasa boleh melihat dan mengurus beberapa maklumat tentang anda dan Google Account anda.
Ingin tahu tentang privasi anda di Google?
Di sini anda boleh mengetahui cara Google mengumpulkan dan menggunakan maklumat semasa anda menggunakan apl serta laman kami. Anda juga akan mengetahui cara ibu/bapa anda boleh membantu anda mengurus Google Account dan peranti anda.
Maklumat ini hanya diguna pakai untuk Google Account yang diurus dengan Family Link, untuk kanak-kanak dan remaja yang belum mencapai syarat umur minimum untuk mengurus akaun mereka sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Notis Privasi dan Dasar Privasi kami.

Bolehkah ibu/bapa saya membantu untuk mengurus akaun saya?
Ibu/Bapa anda boleh menggunakan apl yang dipanggil Family Link untuk membantu mengurus aspek Google Account anda. Bergantung pada peranti anda, mereka boleh melakukan perkara seperti:
- Log masuk ke akaun anda, menukar kata laluan akaun anda atau memadamkan akaun anda.
- Menetapkan had untuk tempoh anda boleh menggunakan peranti anda dan masanya.
- Melihat lokasi peranti anda yang dilog masuk dan aktif.
- Mengurus apl anda dan melihat kekerapan anda menggunakan apl tersebut.
- Mengurus tetapan kandungan untuk beberapa apl dan laman Google, seperti Google Search, YouTube atau Google Play. Tetapan ini boleh menukar perkara yang anda lihat.
- Mengurus Kawalan Aktiviti untuk akaun anda, seperti Sejarah YouTube, termasuk menyekat anda daripada mengurus kawalan ini sendiri.
- Menyemak kebenaran untuk apl pada peranti anda, seperti jika apl boleh menggunakan mikrofon, kamera atau kenalan anda.
- Melihat, menukar atau memadamkan maklumat tentang akaun anda, seperti nama, jantina atau tarikh lahir anda.
- Meluluskan muat turun dan pembelian anda dalam beberapa apl dan laman Google, seperti Google Play.
Bagaimanakah dan mengapakah Google mengumpulkan serta menggunakan maklumat saya?
Seperti kebanyakan laman dan apl, kami mengumpulkan maklumat yang anda atau ibu/bapa anda berikan kepada kami, seperti nama dan tarikh lahir anda. Kami juga mengumpulkan maklumat semasa anda menggunakan apl dan laman kami. Kami bekerja keras untuk memastikan maklumat ini selamat dan kami menggunakan maklumat ini untuk perkara seperti menjadikan produk kami lebih berguna untuk anda. Sebagai contoh, kami mengumpulkan data untuk:
- Melindungi Google, pengguna kami dan masyarakat: Kami menggunakan data untuk memastikan orang lebih selamat dalam talian, seperti mengesan dan mencegah penipuan.
- Memberikan perkhidmatan kami: Kami menggunakan data untuk memberikan perkhidmatan kami, seperti memproses istilah yang anda cari agar dapat mengembalikan hasil carian.
- Mengekalkan & meningkatkan perkhidmatan kami: Sebagai contoh, kami boleh mengesan apabila produk kami berhenti berfungsi seperti yang sepatutnya. Memahami istilah carian yang paling kerap disalah eja membantu kami meningkatkan ciri semak ejaan yang digunakan merentas perkhidmatan kami.
- Membangunkan perkhidmatan baharu: Data membantu kami membangunkan perkhidmatan baharu. Sebagai contoh, tindakan memahami cara orang menyusun foto mereka di apl foto pertama Google, Picasa, telah membantu kami mereka bentuk dan melancarkan Google Photos.
- Memeribadikan kandungan, yang bermaksud menunjukkan perkara yang kami rasa anda akan sukai. Sebagai contoh, jika anda suka menonton video sukan di YouTube, kami boleh mengesyorkan lebih banyak video untuk ditonton.
- Menunjukkan iklan kepada anda berdasarkan maklumat seperti laman yang anda kunjungi, istilah carian yang anda masukkan atau bandar dan negeri anda.
- Mengukur prestasi: Kami menggunakan data untuk mengukur prestasi dan memahami cara perkhidmatan kami digunakan.
- Berkomunikasi dengan anda: Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar pemberitahuan kepada anda sekiranya kami mengesan aktiviti yang mencurigakan.
Bagaimanakah boleh saya menentukan maklumat yang disimpan oleh Google?
Anda boleh mengehadkan data yang kami kumpulkan dan cara data itu digunakan dengan tetapan anda. Contohnya, jika anda tidak mahu kami menyimpan Sejarah YouTube anda dalam Google Account anda, anda boleh mematikan Sejarah YouTube. Ibu/Bapa anda akan dimaklumkan jika anda melakukan perubahan pada Kawalan Aktiviti anda. Ketahui lebih lanjut tentang tetapan privasi anda
Anda sentiasa boleh melihat dan mengurus beberapa maklumat tentang anda dan Google Account anda.
Anda sentiasa boleh melihat dan mengurus beberapa maklumat tentang anda dan Google Account anda.