Pastikan keluarga anda lebih selamat dalam talian
Family Link menyediakan alatan yang menghormati pilihan individu dalam keluarga dengan teknologi, membantu mereka membuat tabiat digital yang positif dan sihat. Dengan alatan yang mudah digunakan, anda boleh memahami cara anak anda meluangkan masa pada peranti mereka, berkongsi lokasi, mengurus tetapan privasi dan menemukan keseimbangan yang sesuai untuk keluarga anda.*
Tetapkan peraturan asas digital
Tetapkan had masa skrin
Tentukan masa skrin yang paling sesuai untuk anak anda. Family Link membolehkan penetapan had masa harian dengan jadual Waktu Persekolahan & Waktu Gendala untuk membantu anak anda mencari keseimbangan yang sihat.
Urus apl anak anda
Beri anak anda kefleksibelan yang diperlukan dalam penggunaan apl. Tetapkan had masa apl berasingan dan masa tidak terhad untuk apl pendidikan atau apl yang kerap digunakan. Anda boleh menyekat apl juga.

Urus penapis kandungan, keselamatan dan privasi
Urus perkara yang dilihat oleh mereka dalam talian
Sediakan kawalan ibu bapa pada perkhidmatan Google seperti Chrome, Google Play, YouTube dan Search. Family Link membolehkan anda menyekat laman yang tidak sesuai, memerlukan kelulusan untuk apl baharu dan mengurus kebenaran.
Lindungi akaun mereka
Family Link memberi anda akses untuk mengurus akaun dan tetapan data anak anda. Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu untuk menukar atau menetapkan semula kata laluan anak anda jika mereka terlupa, mengedit maklumat peribadi mereka, malah memadamkan akaun mereka jika perlu.
Penafian: *Kanak-kanak berumur melebihi umur yang bersesuaian umur yang bersesuaian boleh mengurus akaun mereka sendiri.
Urus penapis kandungan, keselamatan dan privasi
Urus perkara yang dilihat oleh mereka dalam talian
Sediakan kawalan ibu bapa pada perkhidmatan Google seperti Chrome, Google Play, YouTube dan Search. Family Link membolehkan anda menyekat laman yang tidak sesuai, memerlukan kelulusan untuk apl baharu dan mengurus kebenaran.
Lindungi akaun mereka
Family Link memberi anda akses untuk mengurus akaun dan tetapan data anak anda. Sebagai ibu bapa, anda boleh membantu untuk menukar atau menetapkan semula kata laluan anak anda jika mereka terlupa, mengedit maklumat peribadi mereka, malah memadamkan akaun mereka jika perlu.
Kekal terhubung semasa dalam perjalanan
Lihat lokasi mereka
Anda mungkin mahu mengetahui lokasi keluarga anda apabila mereka melakukan perjalanan. Dengan Family Link, anda boleh mengetahui lokasi anak anda pada peta, selagi mereka membawa peranti mereka.**
Dapatkan pemberitahuan dan makluman
Family Link memberikan pemberitahuan yang penting termasuk apabila anak anda tiba atau meninggalkan lokasi tertentu. Anda juga boleh menghubungi peranti dan melihat baki hayat bateri peranti.

Dapatkan apl sekarang
Anda boleh menyediakan pengawasan dalam talian.
Maklumat lanjut
Dapatkan fakta tentang cara membuat Google Account untuk anak anda (bawah 13 tahun atau umur yang bersesuaian di negara anda). Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang alat yang disediakan oleh Family Link dalam panduan privasi untuk kanak-kanak dan remaja dan dalam pendedahan untuk ibu bapa.
* Kanak-kanak dan remaja boleh menjalankan Family Link pada peranti Android dan Chrome yang tertentu. Ketahui lebih lanjut.
** Peranti kanak-kanak atau remaja anda mestilah dihidupkan, menjadi aktif baru-baru ini dan disambungkan kepada Internet.