Semak keserasian peranti anda
Untuk kanak-kanak dan remaja
Pengawasan Family Link boleh dijalankan pada peranti Android dengan versi 7.0 (Nougat) dan lebih baharu. Peranti yang menjalankan Android versi 5.0 dan 6.0 (Lollipop dan Marshmallow) juga boleh menggunakan tetapan Family Link. Lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan butiran lanjut.
Untuk ibu bapa
Ibu bapa boleh menjalankan Family Link pada peranti Android yang menjalankan versi 5.0 (Lollipop) dan lebih baharu serta iPhone yang menjalankan iOS 11 dan lebih baharu.
Ketahui versi Android yang anda gunakan
1. Buka apl Tetapan pada peranti Android anda.
2. Tatal ke bahagian bawah.
3. Ketik Perihal telefon atau Perihal tablet untuk melihat nombor versi anda.
Family Link juga berfungsi pada Chromebook
Ikuti perkembangan anak anda apabila mereka log masuk ke Chromebook menggunakan akaun mereka sendiri. Pengawasan Family Link boleh dijalankan pada Chromebook dengan Chrome OS versi 71 atau lebih baharu.
Ketahui lebih lanjut